Leka





Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum.

Kadang,
Aku terlalu leka.

Ya leka,
Leka dengan laman sosial,
Leka dengan permainan dunia,
Leka dengan gelak tawa,

Sampai satu tahap,
Aku masih leka dan lalai,
Hingga tak sedar,
Malaikat izrail sedang usha sinis.

Hina rasa diri ini,
Selalu meminta pada Allah,
Sedangkan suruhanNya,
Acap kali aku abaikan.

Allahu,
Masih adakah pengampunan,
Buat diri yang penuh dosa ini.
Moga saja,
Pintu taubat masih terbuka,
Buat diri yang hina ini.

Assalamualaikum
-Syafiqah

Ownersaid : Asif kerana ayat tunggang langgang. Ayat yg ada ni pon sebab terlintas dalam ingatan.
❤ Tekan Tajuk Entry Untuk Komen ❤

2 comments:

  1. Untung Allah masih beri hidayah pada kita yang leka :) Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun..

    ReplyDelete

 
story eqa