Selamat tinggal kehidupan yang lagha

Assalamualaikum. Ehem. Mula mula sekali nak cakap okay rindu sebenarnya sebab dah lama tak on blog ni sampai da masuk segala penyakit dan virus. Okay banyak sebab tak on sebenarnya.

Mula mula aku tak on sebab okay da ada fone baru so memang malas nak on pakai laptop lah kan. haha. tak lawak. so sepanjang tahun ni boleh dikira lah berape kali aku on.

Okay yang kedua sebab aku tak on adalah sebab nak spm. So nak focus kononnya. nanti ibu ayah bising sebab tak study. eceh. hm spm boleh tahan lah KBAT soalan. Oh ya tahniah untuk adik adik yang dah amik result upsr dan pt3 tu ya. Tahun depan akak pulak amek result. Okay tak bersedia sebenarnya.

Sebab yang ketiga aku tak on sebab aku sedang berusaha mencari diri aku yang sebenar. Aku tahu aku banyak terleka dengan semua laman sosial ni. Aku cuba kurangkan sikit online ni. Sikit demi sikit aku cuba memahami tentang islam yang sebenar. Ya aku tahu tentang islam. Ya aku bertudung selama ini. Tapi baru aku sedar yang aku terlupa tentang aurat tangan aku, aurat kaki aku. In Shaa Allah aku cuba baiki lagi diri aku. Aku cuba memahami islam yang sebenar :)

Dan aku masih cuba untuk perbaiki blog ni. Mula mula aku nak padam segala post yang tidak elok. Yelah dlu aku ni acah acah rock sikit bahasa tu pon biadap. Dan aku mungkin akan delete gambar mana yang tak elok dlam ape2 post. Susah sikit nak bersihkan blog ni jadi akan mengambil masa.

Pada rakan blogger yang komen atau tulis di chatbox dan aku tak balas , maafkan ya. Jujur aku baru sempat nak online. Tu pon selepas dapat kekuatan dalam diri. Sedih jugak nak delete segala post tapi apakan daya. Yang sayang itu harus dilepaskan kan ? Asif ya rakan blogger sekalian.

Oh yaa sebenarnya sahabat sahabat di insta yang banyak buat aku rasa nak berubah. Melihat akak akak yang baik yang selalu post pasal agama, Allahu rasa kerdilnya diri ini. Mase tu baru aku sedar aku memang islam aku memang bertudung tapi ada sikit sikit aurat aku lupa tutup mcm aurat kaki, pergelangan tangan. Sekarang aku masih mencuba.

Ownersaid : Mungkin lepas ni blog ni masih berfungsi cuma mungkin banyak post pasal rasa hati, islam, puisi dan sebagainya. Asif andai rakan rakan tidak suka dengan blog ni. Oh ya, follow lah insta saya . Ig : nssyafiqah . Assalamualaikum



❤ Tekan Tajuk Entry Untuk Komen ❤

12 comments:

  1. Moga Allah permudahkan segala urusan awak yer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu. allahumma ameen . terima kasih ya :)

      Delete
  2. wah sama ambik spm. tapi saya tak tutup blog pun haha dasar mmg sukakan lagha T.T

    good luck result spm nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaya lah kita ya . salam ukhuwah awak :) . bittaufiq wannajah awak untuk result nanti. In Shaa Allah sama sama berjaya :)

      Delete
  3. good luck ye SPM :) May Allah Bless u dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya. allahumma ameen. doakan dpt result yg baik :)

      Delete
  4. Keep fight my friend :).. Wish Allah with you

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahumma ameen. terima kasih ya :) semoga Allah sentiasa bersama awk jugak :)

      Delete
  5. sama-sama lah kita berubah ke jalan nya..good luck to u and me ;)

    ReplyDelete

 
story eqa