Couple Sebelum Nikah (Usrah group)


Bismillahirrahmanirrahim. Tajuk pada hari ini ada CSN (Couple Sebelum Nikah). Dalam kepala memasing mesti kata "Eh apa benda dia ni. Tak tahu ke couple tu haram. Mana ada couple sebelum nikah." Eh brother sister rileks rileks teruskan membaca dulu okay.

Pada era globalisasi kini, ramai anak anak remaja yang menghidapi satu penyakit atau virus yang serius. Penyakit apa ? Penyakit "couple". Secara dasarnya kita semua tahu bahawa couple (bercinta sebelum nikah) itu haram! Jadi inilah isu yang akan kita bincangkan pada hari ini (ala ala parlimen eheks)

👉"Kerana apa ia haram ?"

Kerana sudah jelas couple ini mendekatkan diri dengan perkara perkara yang haram seperti zina.

Firman Allah: Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat. (al-Isra’:32)


👉"saya tak pernah keluar dengan dia, saya tak pernah jmpe dia, jadi saya dh menghindari zina"

Ya betul. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

👉"Saya tak pernah berpegangan tangan dengan dia, jadi macam mana boleh berlakunya zina disitu?"

Muslimah yg disayangi. Zina ada bermacam-macam jenis . Ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaiut melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Dan yang paling PENTING manusia selalu terlupa tentang Zina hati iaitu khayalan teringat tentang kekasihnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." (Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan. Walaupon kamu tidak berpegangan tangan dengannya, tdk bersemuka dengannya, kamu yakin kamu mampu menghindari zina hati? Tepuk dada tanya iman.

👉"Betulkah org yg bercinta bagai hilang maruah?"

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman.

Firman Allah: Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak mengawini melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak dikhawini melainkan oleh lelaki yg berzina atau lelaki musyrik. Dan yang demikian itu diharamkan bagi org-org yg beriman. (Surah al-Nur:3)

👉"Betulkah orang yg pernah bercinta sblm bernikah ni akn mndpt psngn yg prnah brcinta juga?"

Itulah psgn yg layak untuk dirinya. Dan ingatlah janji Allah.

Firman Allah: Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. (an-Nur':26)

Mana ada lelaki yang normal suka pada barang 'second hand' sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Jadi disini memang jelas kita perlu menjaga maruah kita. Jangan risau Allah dah sediakan jodoh yang baik buat mereka yang mampu jaga maruah mereka. Mereka yg menjaga maruah mereka akan bertemu suatu hri nanti. Mereka la psgnnya.

Firman Alllah: Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina), Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

👉"Saya dah pernah couple, hbis tu takde peluang la saya nak dpt psngn yg baik?"

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kalau ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah dengan taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar -benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1.   Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2.   Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3.   Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Lagi satu trend masyarakat kini ialah "couple islamik" . Hatta mereka mereka yg sudah berada di gerabak  dakwah ini msh terlibat dengn couple islamik. Couple islamik ni macam kamu mencampurkan sesuatu yang halal/suci dengan sesuatu yang haram. Jadi hukumnya haram. Perumpamaan macam kamu minum air soya dicampur air arak = tak boleh diminum kerana sudah jelas yang air arak itu haram. Jadi cinta itu suci dan yang menjadikan ianya haram adalah apabila kita tidak menjaga kesucian cinta itu dengan melakukan perkara perkara yang haram.

Firman Allah: Dan janganlah kamu mencampuradukkan yg hak dgn yg batil dan janganlah kamu sembunyikan yg hak itu sedangkan kamu mengetahuinya. (Al Baqarah:42)

Siapa kata tak couple maka tak kenal?
Saya kupas blik dri ceramah ustazah fatimah syarha tentang "cara muslimah nak mengenali bakal suaminya"

Dia dan suaminya tak couple tapi sebelum nikah dia boleh kenal suaminya. Cara yang bagaimana ? Hanya dengan sekeping nota biodata dr farhan, dia dapat tahu suaminya ini anak siapa, ddk mana, suka makan apa, malah visi dan misi juga dia boleh tahu. Dlm mse 1 mnt dia bole kenal suaminya. Jadi apa guna couple bertahun tahun sedangkan kalau guna cara bergini kita boleh kenal dia dlm mse yg singkat?

"kalau kamu bercouple/berkwan 20 tahun sekalipon, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonanya"

👉"Habistu dalam islam tak boleh bercintalah?"

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkhawinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, cinta selepas khawin. Itulah cinta yang suci. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Apabila islam melarang sesuatu perkara, tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum khawin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkhawinan.

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibn Majah)

Kesimpulannya, hindari couple kerana jelas ia langsung tidak memberi faedah kepada diri kita dan ianya sia sia. Jangan risau tentang jodoh kerana Allah sudah aturkan segala galanya untuk kita. Selalu bersangka baik dengan aturan Allah dan In Shaa Allah , Allah akan hadiahkan seseorang yang baik untuk kita.
❤ Tekan Tajuk Entry Untuk Komen ❤

No comments:

Post a Comment

 
story eqa